00:00Nissan Motor akan mengurangkan lebih 10 ribu lagi pekerjaan di seluruh dunia.
00:05Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini
00:10kepada kira-kira 20 ribu atau 15% daripada tenaga kerjanya.
00:15Pengeluar kereta dari Jepun itu sebelum ini memberi amaran
00:18ia berkemungkinan mencatat kerugian bersih antara 700 ke 750 bilion yen
00:24atau 4.74 bilion sehingga 5.08 bilion dolar Amerika bagi tahun kewangan yang berakhir pada Mac 2025.
00:34Menurut laporan NHK Jepun, kerugian yang direkodkan gergasi otomotif itu adalah disebabkan carj susut nilai.
00:46Nissan Motor dijangka mengumumkan keputusan kewangan tahun penuhnya pada selasa 13 Mei.
00:52Syarikat itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai laporan tersebut.
Comments