Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat antara parti di peringkat pusat dan negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BN tidak bercadang untuk bergerak secara bersendirian dalam menghadapi pilihan raya negeri itu.
Transcript
00:00Kesediaan Parisan Nasional untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan dalam Pelihara Raya Negeri PRN Sabah adalah demi memastikan kerajaan negeri yang bakal terbentuk mempunyai dasar yang selari dengan kerajaan madani.
00:13Pengurusi BN dan juga Presiden UMNO, Datuk Sidota Mazahid Hamidi, atas dasar itu BN tidak bercadang untuk bergerak secara bersendirian dalam menghadapi pelihara raya negeri itu.
00:22Di ARN Sabah kita tahu bahawa keputusan untuk BNPH sebagai satu parti yang bergabung akan bergerak di Sabah.
00:36Bukan hanya bergerak, bukan kita tidak berniat untuk bergerak secara solo, tetapi keputusan kita ialah BNPH bukan satu plus, tapi plus, plus, plus.
00:50Ini memperlihatkan keterbukaan kita dan pastinya tidak ada parti politik Semenanjung, tidak ada parti politik Sabah dan kita harus mengkombinasikan antara parti pusat dan parti negeri.
01:09Sebab yang penting kerajaan yang akan terbentuk dalam pilihan raya negeri yang ke-17 adalah kerajaan bersama-sama untuk menyentuhkan bahawa pembangunan di Sabah yang dirancangan itu dapat dilaksanakan seterusnya.
01:29Ahmad Zahid yang juga timbalan Perdana Menteri berkata demikian selepas merasmikan Madlis Sambutan Hari UMNO ke-79 dan Konvokasi Sekolah Patriotik UMNO SPU di Pusat Dagangan Dunia di sini pada Ahad.
01:44Beliau berkata kerjasama menyeluruh antara parti di semua peringkat amat penting bagi memastikan pembangunan yang dirancang untuk Sabah dapat diteruskan sekiranya gabungan kerajaan madani merupakan oleh kemenangan dalam PRN itu.
01:56Terdahulu media melaporkan PH dan BN mencapai kata sepakat untuk bekerjasama menghadapi PRN Sabah.
02:04Perkara itu disahkan setiausaha agung PH Datuk Sri Saifuddin Nasushan Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr. Ashraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan bersama pada Jumaat lepas.
02:15Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi antara pengurusi PH Datuk Sri Anwar Ibrahim dan pengurusi Barisan Nasional Datuk Sri Dr. Ahmad Zaid Hamidi yang diadakan pada hari sebelumnya.

Recommended