00:00What is your name?
00:30Pemaparan ubat, harga ubat di klinik-klinik swasta, hospital swasta dan farmasi.
00:37Dan Perdana Menteri telah minta supaya Yang Berhormat Menteri Kesehatan segera meneliti isu ini.
00:45Antara lain, apa yang dibangkitkan melibatkan penggunaan Akta 723, iaitu Akta Anti Pencatutan.
00:56Itu di bawah KPDN. Jadi ada di kalangan doktor dan juga MMA yang bertanya kenapa Akta tersebut digunakan dan bukan Akta 586.
01:08Jadi Perdana Menteri telah minta supaya perkara ini segera dijelaskan dan masa yang sama, Jadual ke-7 dalam Akta 586 yang mengawal harga konsultasi lawatan ke klinik-klinik swasta.
01:26Ini akan dikaji dan Yang Berhormat Menteri Kesehatan telah memaklumkan bahawa persiapan kertas Jemaah Menteri telah dibuat dan dalam edaran.
01:40Jadi kita jangka dalam tempoh satu ataupun dua minggu, hal ini akan dibawa semula ke Jemaah Menteri untuk diputuskan.
01:47Jadi perkara yang telah dibangkitkan oleh para doktor melalui MMA telah diambil tahu oleh Jemaah Menteri pada hari ini
01:58dan beberapa langkah segera telah dibuat oleh pihak KKM untuk memastikan pelaksanaan dasar pemaparan harga ubat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
02:10Terima kasih telah menonton!
Comments