00:00Yang Mabomak Perdana Menteri telah minta sedikit penjelasan daripada Menteri Kesihatan
00:06mengenai apa yang telah dimaklumkan dan dilaporkan dalam media semalam
00:14iaitu doktor-doktor, klinik swasta telah menghantar memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri
00:25mengenai isu pemaparan harga ubat di klinik-klinik swasta, hospital swasta dan farmasi.
00:35Dan Perdana Menteri telah minta supaya Yang Mabomak Menteri Kesihatan segera meneliti isu ini
00:42antara lain apa yang dibangkitkan melibatkan penggunaan Akta 723 iaitu Akta Anti Pencatutan
00:54itu di bawah KPDN jadi ada di kalangan doktor dan juga MMA yang bertanya kenapa Akta tersebut digunakan
01:03dan bukan Akta 586. Jadi Perdana Menteri telah minta supaya perkara ini segera dijelaskan
01:10dan masa yang sama jadual ketujuh dalam Akta 586 yang mengawal harga konsultasi
01:20lawatan ke klinik-klinik swasta ini akan dikaji dan Yang Mabomak Menteri Kesihatan
01:29telah memaklumkan bahawa persiapan Kertas Jemaah Menteri telah dibuat dan dalam edaran.
01:38Jadi kita jangka dalam tempoh satu ataupun dua minggu hal ini akan dibawa semula ke Jemaah Menteri
01:44untuk diputuskan.
01:46Jadi perkara yang telah dibangkitkan oleh para doktor melalui MMA telah diambil tahu oleh Jemaah Menteri
01:56pada hari ini dan beberapa langkah segera telah dibuat oleh pihak KKM untuk memastikan
02:03pelaksanaan dasar pemaparan harga ubat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Comments