00:01Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puat Zarkashi, menyeru sekutunya dalam Barisan Nasional, MCA,
00:08supaya fokus kepada usaha menawan kembali sokongan masyarakat China yang merosot terhadap parti itu.
00:14Di sebalik dawaan UMNO, Kian merosot selepas menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan,
00:20Puat menegaskan parti itu terbukti bangkit semula bersandarkan keputusan PRK Nenggiri, Makota dan Air Kuning.
00:26Katanya MCA perlu tabah dan jangan merajuk sampai menarik diri di PRN 2023
00:33serta buktikan kecemerlangan parti itu untuk tarik balik sokongan rakyat.
00:40Selain itu, Puat berkata MCA tidak boleh menyalahkan BN atas keraguan ahli-ahli parti itu
00:45berhubung kedudukan mereka dalam menggabungan politik tersebut.
00:49Tambahnya kerjasama perpaduan yang dijalin pada masa ini demi kelangsungan rakyat dan kerajaan yang stabil.