Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Universiti terkemuka dunia di Amerika Syarikat (AS), Harvard memfailkan saman ke atas pentadbiran Presiden AS, Donald Trump kerana membantah ugutan Trump mahu memotong dana berjumlah berbilion dolar diperuntukkan untuk pusat penyelidikan institusi terkemuka tersebut.
Transcript
00:00Universiti Harvard pada Isnin bertindak memfailkan saman ke atas pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
00:06Tuntutan undang-undang yang dikemukakan di Mahkamah Persekutuan di Massachusetts itu mendakwa pentadbiran Trump melancarkan serangan meluas kerana mahu mengawal pembuat keputusan di Harvard.
00:19Ia juga merujuk pada universiti utama lain yang berdepan pemotongan dana secara mendadak.
00:24Menurut Presiden Universiti Harvard, Prof. Alan M. Garber, pemerintah cuba menggunakan kuasa secara berlebihan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
00:34Tegasnya tindakan melulu itu akan memberi kesan jangka panjang dan impak besar.
00:39Ujah Garber lagi, pemerintah juga mahu mengawal siapa pengajar dan apa yang mereka ajarkan kepada penuntut.
00:46Saman itu menamakan beberapa nama defendant termasuk setiausaha kesihatan Robert F. Kennedy Jr., setiausaha pendidikan Linda McMahon dan peguam negara Pambondi.
00:58Tindakan tegas itu dibuat sebagai membantah ugutan Trump mahu memotong dana berjumlah berbilion dolar diperuntukkan untuk pusat pendidikan institusi terkemuka tersebut.
01:09Harvard menjadi universiti pertama yang mengambil tindakan undang-undang terhadap tekanan pentadbiran Trump.

Recommended