00:00Sayyid Ahmad Sayyid Abdul Rahman Al-Hadad lebih dikenali sebagai ultimate
00:05akan berdepan dengan timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Kamri Kamaruddin
00:10dalam perebutan jawatan Ketua Cabang PKR Ampang yang dijangka mendapat perhatian ramai.
00:16Kamri, seorang pemimpin PKR yang berpengalaman,
00:19mengesahkan hasrat kembali bertanding selepas berundur dalam pemilihan parti sebelum ini pada 2022.
00:25Beliau berkata keputusannya untuk kembali adalah kerana merasakan sokongan dan kepercayaan ahli akar umbi
00:32yang mahu beliau memimpin semula cabang tersebut.
00:35Sayyid Ahmad, Ketua Cabang PKR Ampang menyambut baik cabaran daripada Kamri dan seorang lagi calon,
00:41Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, sambil melifatkan pertandingan tiga penjuru itu sebagai proses demokrasi yang sehat dalam parti.
00:49Beliau berkata adalah wajar untuk mempertahankan jawatan tersebut
00:53memandangkan kejayaan yang mengetuai usaha PKR
00:56merampas semula kerusi Ampang, Bukit Antarbangsa dan Lembah Jaya
01:00yang sebelum ini hilang akibat tindakan lompat parti pada tahun 2020.
01:05Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya itu berkata
01:07fokus utamanya ketika ini adalah pada pemilihan peringkat cabang
01:11walaupun beliau turut berharap dapat menyumbang di peringkat nasional.
01:15Hai di Izzati FMT