00:00Kebudayaan dan sukan merupakan antara perkara yang disenaraikan dalam senarai bersama jadwal ke-9 Perlembagaan Persekutuan, Joint List.
00:10Untuk itu, pihak kementerian berharap agar pihak kerajaan negeri dan juga PBT memainkan peranan dan memberikan kerjasama untuk membangunkan sukan di peringkat negeri masing-masing.
00:21Tuan Yang Di-Pertua, saya juga berharap persatuan-persatuan sukan juga mengambil langkah proaktif dengan bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri dan sektor swasta dalam mendapatkan dana dan bantuan untuk pembangunan sukan seperti perahu layar.
00:34Kini, KBS mempunyai 103 jenis sukan yang telah diwartakan dan memang agak sukar untuk kita salurkan dengan sama rata peruntukan untuk tujuan pembangunan semua sukan.
00:46Ini adalah penting kerana pembangunan sukan memerlukan whole of nation approach dan jangan hanya bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata.
00:54Saya meneliti banyak jawapan daripada kementerian sebelum ini dan dekat hari ini.
00:58Saya dapati bahawa kebanyakan sukan ini diberikan kemudahan kepada negeri-negeri tetapi adakah pihak kementerian mempunyai suatu mekanisme untuk audit fasiliti yang dibekalkan kepada semua kawasan-kawasan parlimen.
01:11Sebab kita lihat, sukan ini tidak seimbang. Ada yang tidak cukup kolam rendang di negeri tertentu.
01:18Adakah pihak kementerian mempunyai suatu audit untuk menilai fasiliti untuk mengurangkan tekanan kepada anak muda dan juga memastikan bahwa peruntukan yang sama diberikan oleh pendekatan pembangkan dan juga negeri-negeri kerajaan untuk kemudahan remaja dan belia.
01:32Ini adalah perkara yang baru tetapi seperti yang telah saya nyatakan bahwa aset fasiliti sukan ini mempunyai tiga atau empat jenis pemilik.
01:41Satu kerajaan persekutuan, satu lagi kerajaan negeri, PBT dan pihak swasta.
01:46Dan dalam penyediaan fasiliti sukan ini sangat bergantung kepada komuniti setempat apa aktiviti sukan yang mereka mahukan.
01:55Dan banyak permohonan yang akan saya sentuh nanti daripada ahli-ahli yang berhormat semuanya nak bina fasiliti sukan di kawasan masing-masing tanpa mengambil kira kos penyelenggaraan.
02:06Banyak kali kita nak bina tetapi bila nak handover kepada pihak kerajaan negeri, mereka kata kita tak mampu untuk jaga jadi kita tak nak.
02:14Jadi kita ada projek persekutuan yang kita start, tak boleh handover kepada kerajaan negeri karena kerajaan negeri kata tak ada dana untuk penyelenggaraan.
02:22Jadi sekarang ini kita mengambil dasar semua permohonan datang daripada kerajaan negeri karena yang berhormat kita ada permintaan yang bercanggah.
02:32Adun MP mahukan fasiliti sukan yang berbeza, kerajaan negeri pula nak senarai yang berbeza.
02:38Jadi untuk KBS kita memang akan menggunakan senarai yang diberikan oleh kerajaan negeri supaya tak ada isu tanah yang tak dapat diselesaikan.
02:52Terima kasih.
Comments