00:00Untuk maklumat ahli-ahli yang berhormat, sudah terdapat beberapa soalan berkenaan dengan GISBH sebelum ini.
00:06Izinkan saya untuk memberikan pencerahan dan jawapan tambahan.
00:10Bagi memulihkan akidah jawab pemimpin dan pengikut GISBH yang terpesung dari Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah,
00:18kerajaan telah melancarkan program rehabilitasi selama 70 hari secara sukarela kepada seluruh ahli GISBH.
00:27Majlis Keselamatan Negara dan JAKIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor, JAIN dan MKN Negeri
00:33telah memulakan projek Rintis pada 7 November di Rumah Pemulihan MAIS dengan menggunapakai Modul Istitah Bah MAIS.
00:42Penilaian akan dilaksanakan pada setiap 30 hari selepas sesi pemulihan dilaksanakan.
00:48Berasaskan projek Rintis ini, JAKIM dengan kerjasama MKN dan pelbagai agensi akan menjalankan program pemulihan
00:56dengan modul yang komprehensif.
00:59Modul yang digunakan diserahkan bersama MAIS, JAKIM, KPM, KDN, LPPKN, JTK dan AKM.
01:08Modul tersebut meliputi aspek pemulihan akidah dan syariah, pendidikan, kaunseling, kesihatan, kenegaraan
01:18dan juga latihan kemahiran untuk persediaan kelangsungan hidup selepas kembali ke pangkuan masyarakat.
01:26Dalam masa yang sama, sebahagian MAIS dan JAINS telah membentuk pasukan petugas khas
01:33bagi mengatur program pemulihan di peringkat negeri masing-masing dengan penyerahasan bersama JAKIM.
01:40Negeri Johor, antara yang terawal, telah melaksanakan program pemulihan kepada ahli GISBH di Johor Bahru, Pontian dan Mersing.
01:50Disamping itu, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan PDRM
01:55turut mengadakan program pemulihan akidah secara khusus kepada mereka yang sedang ditahan.
02:02Bagi membela kebajikan keluarga dan memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak yang ditinggalkan oleh GISBH,
02:10JAKIM bersama agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, JKM,
02:16termasuk pihak berkuasa agama negeri-negeri akan memastikan nasib mereka terbela dan dapat meneruskan kelangsungan hidup.
02:23JAKIM dengan kerjasama Jabatan Wakaf Zakat dan Haji Johor telah menyelaras dengan Majlis Agama Islam Negeri
02:31dan agensi mengurus zakat bagi memberikan bantuan keuangan kepada mereka.
02:36Majlis Agama Islam Negeri dan juga agensi zakat boleh mempertimbangkan bentuk-bentuk bantuan kepada ahli GISBH
02:43yang memenuhi syarat pemberian bantuan, yaitu tergolong dalam asnaf al-riqab, fakir miskin al-ghorimin dan fisa bilillah.
02:52Dan terakhir, untuk maklumat ahli-ahli yang berhormat, dari sudut pendidikan,
02:56sekarang ini kan anak-anak yang berada di rumah pelindungan sudah pun menjalani persekolahan secara formal.
03:03Seperti yang kita maklumkan, kita sudah mempunyai modul yang komprehensif yang merangkumi aspek pendidikan,
03:10aspek keuangan, termasuk juga latihan kemahiran.
03:13Persoalannya, mengapakah bilangan yang tampil itu adalah masih rendah?
03:17Kita ambil maklum bahwa ianya adalah bersifat sukarela.
03:22Namun begitu, daripada anak-anak yang masih berada di rumah pelindungan,
03:26kita teruskan program-program untuk memberikan persekolahan dan juga untuk memberi ke mereka
03:33agar dapat mengikut ajaran Islam yang sebenar.
03:38Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan, telah dilaksanakan,
03:43diantaranya adalah ada Majlis Agama Islam maupun JAKIM dan juga kerjasama dengan Jabatan Keselamatan Negeri
03:50telah pun menawarkan bantuan-bantuan keuangan seperti allowance harian.
03:57Mereka yang hadir ke program pemulihan tersebut akan diberikan allowance harian,
04:00bukan sahaja kepada mereka, tetapi juga kepada anak dan istri mereka.
04:06Dan yang kedua, latihan kemahiran juga kita tawarkan kepada mereka.
04:10Mereka-mereka yang mengikuti program ini akan juga diberikan latihan kemahiran
04:15agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup
04:17dan juga diberikan bantuan keuangan seperti mana yang diinisiatifkan oleh pihak berkuasa agama
04:24dan juga agensi menguruskan zakat.
04:27Terima kasih.
Comments