300 sekolah daif perlu diselenggara segera

  • tahun lalu
300 sekolah daif perlu diselenggara segera

BERITA SEMASA 16 JANUARI 2023

Kementerian Pendidikan akan memberikan keutamaan kepada lebih 300 buah sekolah daif yang dikenalpasti di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2023, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata kerajaan memandang serius isu sekolah daif ini yang merupakan fokus utama kementeriannya dalam memastikan kebajikan dan keselamatan guru serta pelajar diutamakan.

Daripada jumlah tersebut, terdapat 12 sekolah daif terletak di Johor. Senarai sekolah daif akan diperincikan KPM supaya kerja-kerja penyelenggaran dapat dimasukkan dalam belanjawan yang akan dibentang pada bulan hadapan.

Artikel: https://bit.ly/3w3JMvc

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #malaysiaberintegriti

Disyorkan