Muhammad Fikri kerja keras mahu segera nikahi tunang
  • 10 bulan lalu
BERITA MOJO 8 JULAI 2023

"Adik kerja keras dan sanggup lakukan kerja sambilan untuk mengumpul wang demi majlis perkahwinan yang dirancang pada hujung tahun ini," kata Shahrizal Saliman, 40.

Abang kepada Muhammad Fikri Saliman, 24, yang lemas di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih Kemanan Terengganu itu memberitahu, adiknya itu cukup bersemangat berusaha untuk menjadikan tunangnya, Putri Balqis Izzati, 18, sebagai isteri yang sah, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Jelasnya, Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik sudah mengikuti kursus perkahwinan pada April lalu di Pahang selepas mengikat tali pertunangan pada Februari lalu.

Artikel: http://bitly.ws/KM7D

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian