Kesatuan Eropah | MPOB bimbang EU haramkan produk import termasuk minyak sawit

  • tahun lalu
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menzahirkan kebimbangan susulan keputusan Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan import beberapa produk termasuk minyak sawit, daging lembu, kacang soya, kopi, koko, dan kayu-kayan yang dikatakan sebagai penyebab penebangan dan degradasi hutan selepas 31 Disember 2020.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Malaysia komited dengan prinsip dan kriteria mampan dalam pengeluaran minyak sawit di negara ini.