MPOB | Kaunter bergerak mudahkan pekebun kecil

  • 2 tahun lalu
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) wilayah sabah akan membuka kaunter bergerak bagi perkhidmatan pembaharuan lesen MPOB.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng berkata, langkah itu diambil memudahkan pekebun-pekebun kecil memperbaharui lesen masing-masing selain bertujuan mendapatkan maklumat permasalahan yang dihadapi golongan berkenaan.