PDRM | Acryl Sani perlu teruskan legasi Hamid Bador

  • 2 tahun lalu
Jangkaan rakyat terhadap pasukan polis agak tinggi memandangkan komitmen yang telah ditunjukkan oleh Tan Sri Abdul Hamid Bador sewaktu menjawat jawatan nombor satu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sehubungan itu, kata Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia Datuk Seri Akhbar Satar, legasi itu harus diteruskan Ketua Polis Negara baharu iaitu Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, yang bakal memulakan tugasnya 4 Mei ini.