Lelaki dalam video tular belasah warga emas ditahan polis

  • 2 years ago
Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis selepas dipercayai memukul lelaki warga emas, berhampiran jejantas di Padang Jawa, Shah Alam.

Ini selepas tular rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan seorang lelaki yang memakai topi keledar memukul seorang lelaki warga emas di tengah jalan.