Video: Warga asing ragut rantai emas teruk dipukul
  • 8 years ago
Rakaman berdurasi tiga minit menunjukkan suspek seorang warga Indonesia dipukul oleh orang awam selepas dia meragut rantai emas milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Pasar Tan seksyen 13, Shah Alam semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahkan kejadian tersebut dan berkata suspek yang berusia 36 tahun cedera di mata kiri, hidung sebelah kiri, lebam di dada serta berdarah di kepala.

Suspek diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam (HSA) untuk mendapatkan rawatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan