PRN Sabah: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Musa Aman & 33 ADUN

  • 2 tahun lalu
Mahkamah rayuan hari ini menolak rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada pihak Tan Sri Musa Aman, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Istana Kehakiman di Putrajaya.