'Orang Bangladesh, Nepal lebih fasih BM' - Pemuda Bersatu

  • 3 years ago
Pemuda Bersatu menegaskan sekali lagi pendiriannya supaya sekolah vernakular dimansuhkan secara berperingkat.

Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menegaskan hal itu selepas Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menyoal di Dewan Rakyat apakah Timbalan Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayshal masih kekal dengan pendirian terdahulunya untuk memansuhkan sekolah vernakular.