Anwar bantah usul Petronas jual aset dibahas di Kamar Khas
  • 2 years ago
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini membantah usul berhubung penjualan aset gas Petronas di Azerbaijan dibincangkan di Persidangan Kamar Khas pada pukul 2.30 petang ini.

Menurut Anwar, isu tersebut yang menyentuh kepentingan ekonomi negara perlu dibahas secara terbuka di Dewan Rakyat.

Terdahulu Speaker Azhar Harun membuat keputusan itu selepas mengambil kira Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul yang perlu dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.