MP pembangkang, kerajaan sepakat mahu RUU Gangguan Seksual dibahas
  • 3 years ago
Satu petisyen dalam bentuk rayuan telah dihantar ke Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat untuk perhatian Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun berhubung akta baru bagi menangani jenayah gangguan seksual pada sidang akan datang.

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto (PH) berkata petisyen dibawah peraturan mesyuarat 19 itu adalah rayuan daripada 512 rakyat Malaysia yang meminta agar Dewan Rakyat mengambil maklum isu tersebut dan membahaskannya.

Petisyen tersebut turut disokong oleh anggota Parlimen Pontian, Ahmad Maslan (BN).
Recommended