'Dari rakyat diberi mandat, kepada rakyat kita serahkan mandat' - Zahid
  • 3 years ago
Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) hari ini menggesa supaya kerajaan sendiri untuk membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin demi kestabilan politik negara.

Gesaan itu turut mendapat sokongan ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang menyatakan langkah itu penting bagi memastikan tiada keraguan terhadap sokongan kepada kerajaan.

Zahid yang juga Presiden Umno turut menolak sebarang usaha pengisytiharan darurat di seluruh negara dan mahu supaya mandat dikembalikan semula kepada rakyat secepat mungkin.

Bagaimanapun kata Zahid, pihaknya menyokong penuh proklamasi darurat di sesuatu tempat seperti di Batu Sapi semalam, bagi mengelak pilihan raya kecil (PRK).