Kita tiada pilihan selain dapatkan mandat baru, kata Zahid

  • 4 years ago
Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Perikatan Nasional tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengadakan pilihan raya umum bagi membentuk kerajaan lebih kukuh.

Beliau yang juga presiden Umno berkata, sokongan tipis PN di Dewan Rakyat - iaitu hanya 113 kerusi - berbanding 109 di pihak pembangkang - membuatkan PN dilihat tidak stabil dan akan terus dipersenda sebagai kerajaan pintu belakang.

Beliau berkata demikian ketika berkempen di Slim, Perak malam tadi.