Sebab Sandra kemalangan, Farisha Iris hilang fokus... Ajai pula kata puncanya menyanyi tak ikhlas
  • 4 tahun lalu
PENYANYI Farisha Iris mengakui prestasinya di pentas Big Stage 2020 pada Ahad terganggu kerana memikirkan sahabatnya Sandra Dianne yang kini berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat kemalangan jalan raya.

Menurut Farisha atau nama sebenar Farisha Asmadi, 21, dia menangis dan rasa kehilangan apabila mendapat berita tentang Sandra namun persembahan pada konsert minggu keempat harus diteruskan.

“Apabila saya nampak gambar kereta Sandra, saya terus menangis dan semua orang terus terdiam.

“Hari Sabtu ketika full rehearsal, saya tak boleh nyanyi dengan baik... Kalau nak jawab (kepada guru vokal) takkan nak cakap sebab Sandra, show must go on,” ujarnya kepada mStar.

Sandra yang juga peserta Big Stage 2020 terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Sabtu dan sehingga kini dia masih tidak sedarkan diri.

Klik link di bawah bagi mengetahui artikel berkaitan:-
https://www.mstar.com.my/video/2020/09/07/farisha-iris-hilang-fokus-fikirkan-nasib-sandra-dianne---saya-memang-tak-ok-sedih-fikirkan-dia
Disyorkan