Pemilik nasi kandar Salleh bakal disaman peniaga, pekerja sekitar Napoh
  • 4 years ago
Selepas dikenakan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret, di Alor Setar, pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kubang Pasu bakal menghadapi tuntutan saman pula oleh peniaga dan pekerja di kawasan berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff yang mewakili peniaga dan pekerja berkenaan yang mahu menuntut ganti rugi selepas pendapatan mereka terjejas ekoran penularan kluster Sivagangga.