Video kejadian tembak tauke nasi kandar tersebar
  • 8 years ago
Video sejurus selepas pengusaha restoran nasi kandar Pulau Pinang maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam satu kejadian di Jalan Dato’ Keramat awal pagi tadi kini tersebar di laman sosial

Rakaman sekitar 30 saat itu dimuat naik oleh laman facebook Wiki Rakyat sekitar 15 minit lalu.

Mangsa, Syed Amen Jainul Abidin, 46, dipercayai ditambak daripada jarak dekat di dalam kereta kereta Mercedes Benz miliknya ketika berhenti di depan sebuah pusat pameran motosikal berkuasa tinggi Ducati, kira-kira jam 3.30 pagi.