Bukan 5,000 tapi 14,500 rakyat Malaysia hadir himpunan tabligh di Masjid Sri Petaling
  • 4 years ago
Kementerian Kesihatan menganggarkan jumlah peserta tabligh dari Malaysia di Masjid Sri Petaling yang dikaitkan dengan kes COVID-19 baru-baru ini, tiga kali ganda daripada yang dinyatakan sebelum ini.

Berdasarkan siasatan kementerian itu, KKM berkata terdapat kira-kira 16,000 peserta di ijtima tabligh antarabangsa di sebuah masjid Kuala Lumpur pada 27 Feb hingga 1 Mac.

Daripada angka tersebut, kira-kira 14,500 dipercayai rakyat Malaysia, menurut infografik yang dimuatnaik oleh Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah malam tadi.

Awal minggu ini, beliau berkata bilangan peserta yang hadir dianggarkan 10,000 orang, dengan separuh daripadanya adalah rakyat Malaysia.

Salah seorang daripada yang hadir acara keagamaan itu, berkata ia mungkin kerana terdapat ramai peserta Malaysia tidak mendaftar dan masuk ke acara tersebut.

Setakat ini enam kes melibatkan rakyat Malaysia dikaitkan dengan acara tersebut.
Recommended