4,000 peserta tabligh di Sri Petaling belum tampil
  • 4 years ago
Kira-kira 4,000 peserta perhimpunan tabligh antarabangsa di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur masih belum tampil membuat pemeriksaan, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri, yang juga merupakan menteri penyelaras kanan.

“Saya faham ada kebimbangan terhadap kumpulan tabligh, seramai 4,000 lagi yang tidak dikesan."

“Pihak polis telah pun membuat keputusan untuk mereka sendiri mengesan, kumpulan tabligh yang masih belum tampil untuk buat saringan dan sebagainya,” katanya dalam sidang media yang distrim secara langsung di Facebook.

Sebelum daripada itu, kebanyakan aktiviti pengesanan kontak dilakukan oleh pemeriksa kesihatan.

Ismail Sabri turut menggesa mereka yang menyertai perhimpunan tabligh dari 27 Februari hingga 1 Mac, untuk tampil membuat pemeriksaan di pusat-pusat kesihatan.

Kira-kira 14,500 warga Malaysia dan 1,500 warga asing menyertai perhimpunan itu.