MITI mahu beri tumpuan pada APEC tahun ini - Lim Ban Hong

  • 4 years ago
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Lim Ban Hong mahu memberi tumpuan kepada kejayaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) hujung tahun ini, sebagaimana yang dinyatakan menterinya, Azmin Ali.

Naib Presiden MCA itu juga berkata, MITI sebagai sebuah kementerian yang berwibawa akan berusaha menarik lebih banyak pelaburan yang berkualiti dan menjadikan sektor industri Malaysia lebih berinovatif.

Selain itu penekanan akan diberikan kepada penciptaan peluang pekerjaan, perkembangan ekonomi dan kesejahteraan rakyat memandangkan Malaysia berada dalam keadaan ekonomi yang mencabar.