Malaysia negara kecil pun tidak kurangkan pelarian

  • 5 years ago
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Saifuddin Abdullah membuat kenyataan sindiran hari ini mengenai keputusan Amerika untuk mengurang jumlah pelarian yang akan diterima oleh negara itu.

Bercakap kepada pemberita selepas dia menemani Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia Michelle Bachelet dalam lawatan ke sekolah untuk anak-anak pelarian Rohingya pagi ini, Saifuddin berkata Malaysia tidak pernah melakukan perkara itu walaupun menjadi sebuah negara kecil.