Apa salahnya duduk sepentas dengan PAS ?

  • 5 years ago
Mengulas mengenai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan akan hadir pada kongres Maruah Melayu dan adakah AMANAH bersedia duduk ‘sepentas’ dengan PAS, Salahuddin berkata tiada masalah dalam perkara itu. Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Salahuddin Ayub, memaklumkan setakat ini belum menerima sebarang jemputan ke Kongres itu di Stadium Malawati, Shah Alam, Ahad ini. Ditanya sama ada AMANAH akan menghantar wakil sekiranya menerima jemputan ke kongres itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata perkara itu akan diputuskan oleh parti.

Recommended