'Kami zahirkan apa yang diputuskan ketiga-tiga presiden parti' - Adun Pas

  • 4 years ago
Pesuruhjaya PAS Perak dan Adun Semenggol, Razman Zakaria hari ini memberitahu pemberita bahawa ketiga-tiga Adun Pas telah menghadap Sultan Nazrin Shah bagi menzahirkan keputusan yang telah diputuskan oleh Presiden PAS, Umno dan Bersatu.

Turut hadir ialah Adun Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dan Adun Kubu Gajah, Khalil Yahaya.

Terdahulu, Umno, Bersatu dan PAS bersetuju mencalonkan Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar yang baru di negeri itu.