Adun Menglembu Steven Chaw jumpa bapa baling telur

  • 5 years ago
Adun Menglembu Steven Chaw berjumpa dengan seorang bapa yang berang dan melontarkan telur ke arah pusat khidmatnya sebagai memprotes keputusan kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi ke dalam sukatan pelajaran sekolah Cina dan Tamil.

Wakil rakyat DAP itu berkata beliau bertemu lelaki berkenaan di balai polis Kampung Tawas, Ipoh selepas dibebaskan dari tahanan kira-kira jam 1.45 pagi.

Chaw berkata, kedua-dua mereka mengadakan perbincangan hati ke hati selama 30 minit.

elaki itu ditangkap selepas video dirinya membaling sepapan 30 telur menjadi tular dan disebarkan di internet.

Dalam video itu, lelaki berkenaan menuduh DAP "mengkhianati kaum Cina" dan "cuba menghapuskan pendidikan Cina."

Dia kemudian membaling pejabat Chaw dengan telur sambil menjerit-jerit dalam bahasa Cina. Pada satu ketika, anak perempuannya boleh didengar mendesaknya untuk meninggalkan tempat kejadian itu.

Adalah dipercayai bahawa lelaki itu merujuk rancangan kerajaan Pakatan Harapan yang memperkenalkan "tulisan Jawi" ke dalam Bahasa Melayu, sukatan Tahun 4.

Sebelum ini, Menteri Pelajaran Maszlee Malik berkata langkah memperkenalkan Jawi untuk pelajar Tahun 4 bukan bertujuan untuk "mewujudkan proses Islamisasi di sekolah-sekolah vernakular."