Video lelaki marah budak baling keretanya viral

  • 8 years ago
Video seorang lelaki memarahi seorang kanak-kanak dan ibunya di bahagian hadapan sebuah rumah viral di laman sosial.

Lelaki tersebut memarahi kanak-kanak terbabit kerana membaling putik mangga pada kereta beliau.

Video yang dimuat naik oleh WhatsApp's Videos itu telah mendapat 11,000 perkongsian dan ditonton sebanyak 505,247 kali.

Para pelayar internet memberikan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan dengan ramai dari mereka beranggapan tindakan lelaki tersebut melampau kerana kanak-kanak tersebut baru berusi empat tahun dan belum boleh berfikir tentang baik dan buruk.

Recommended