Karnival Rahmah 2019 tidak guna peruntukan kerajaan

  • 5 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusuf berkata Karnival Rahmah 2019 tidak menggunakan peruntukan kerajaan, sebaliknya pelaksanaannya berkonsepkan kerjasama dengan rakan strategik dan syarikat korporat.

Menerusi karnival itu, katanya, rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini boleh mengetahui secara mendalam mengenai konsep Rahmatan Lil Alami yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak tahun lalu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Logo Karnival Rahmah 2019 di Auditorium Jakim, Kompleks Pusat Islam hari ini...Mengenai tiga teras negara Rahmah, Dr. Mujahid berkata, pertamanya, Rahmatan Lil ‘Alamin iaitu Islam sebagai rahmat bagi sekalian alam yang membawa keamanan dan kemakmuran dalam masyarakat.

Kedua, Maqasid Syariah iaitu pentadbiran yang berasaskan kepada Maqasid Syariah yang menekankan mengenai aspek penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Serta ketiga, Model Malaysia iaitu menampilkan sesuatu model yang sesuai dengan keadaan (waqi’), adat dan budaya bangsa tanpa meninggalkan asas Islam.

Karnival Rahmah 2019 akan dianjurkan di tiga lokasi iaitu Putrajaya, Kelantan dan Pulau Pinang.

Acara pertama akan diadakan di Dataran Putrajaya bermula pada 26 hingga 29 September 2019, dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Karnival itu beraspirasi untuk menjadi acara terbesar di Malaysia dengan mensasarkan pengunjung dalam kalangan mereka yang berkeluarga serta generasi muda.

Konsep Karnival Rahmah juga adalah berlandaskan “edutainment” yang menggabungkan elemen pendidikan dan hiburan untuk semua.

Manakala pengisian karnival terbahagi kepada enam kluster berasaskan enam teras Rahmah iaitu Rahmah (R), Aman (A), Harmoni (H), Mesra (M), Alami (A) dan Hormat (H).

Recommended