Penduduk delta Kelantan resah tapak parkir 'mengecil
  • 5 tahun lalu
KOTA BHARU 12 Mei - Lebih 200 penduduk di pulau-pulau kecil sekitar delta Kelantan hari ini berkumpul bagi membantah tindakan kerajaan negeri memberi kebenaran menduduki tanah lapang di sebelah Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar, di sini kepada sebuah syarikat swasta.

Mereka berbuat demikian kerana kecewa apabila syarikat yang menjalankan operasi mendalamkan kuala Sungai Kelantan tersebut bukan sahaja menduduki kawasan itu, malah mengambil alih sebahagian besar tapak letak kereta yang juga merupakan ‘pintu’ masuk utama penduduk yang tinggal di pulau.

Difahamkan, hampir dua pertiga daripada tanah lapang yang seluas kira-kira satu hektar itu telah ‘dirampas’ setakat ini bagi tujuan penyimpanan pasir yang dikorek serta penempatan pekerja syarikat terbabit.

Berita penuh di http://bit.ly/2JyDRqR