Pendaki solo pecah rekod sendiri
  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin berjaya memperbaharui pencapaiannya dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi mendaki tangga Menara Kuala Lumpur (Menara KL) tanpa henti selama 24 jam.

Walaupun gagal mencapai sasaran 24 kali, beliau tetap berjaya memahatkan namanya dalam MBOR sekali lagi selepas mendaki menara telekomunikasi ketujuh paling tinggi di dunia itu sebanyak 21 kali, berbanding rekod lamanya 20 kali pada 2008.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.