Himpunan Ummah cuba apikan sentimen kaum, agama - Muhyiddin

  • 5 years ago
Menjelang perhimpunan 'mempertahankan kedaulatan Islam' pada 4 Mei ini, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin memberikan amaran tegasnya terhadap pihak yang memiliki kecenderungan mengapi-apikan sentimen kaum dan agama.

"Ada pihak yang mendakwa kononnya kedudukan Islam di bawah pentadbiran PH semakin terancam.

"Sehinggakan ada pihak yang aakan menganjurkan satu perhimpunan pada hujung minggu ini yang saya lihat ada kecenderungan untuk mengapi-apikan sentimen kaum dan agama terutamanya dalam kalangan umat Islam.

"Sebagai menteri dalam negeri, seprtimana yang telah saya sebutkan tadi, KDN menerusi PDRM tidak teragak-agak untuk megambil tindakan tegas menurut peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menghina mana-mana agama," kata Muhyiddin pada wawancara bersama media di Putrajaya hari ini.

Menurut beliau, tiada seorang pun yang patut menyalahgunakan kedudukan mereka bagi mencetuskan suasana kacau-bilau atau kebencian di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.