Himpunan solidariti NZ juga perlu notis 10 hari - Muhyiddin

  • 5 years ago
Mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan, termasuk acara setiakawan dengan rakyat New Zealand yang diuji dengan serangan pengganas, perlu mengikut syarat, kata Muhyiddin Yassin.

Menteri dalam negeri berkata notis makluman 10 hari awal harus diberikan kepada polis, seperti ditetapkan oleh prosedur operasi standard (SOP) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Apa pun, satu pihak mana pun tak terkecuali (dengan akta ini). Maknanya dia kena beritahu pihak polis.

“Notis maklum pihak polis dalam tempoh 10 hari," katanya dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini.