Kredit Komuniti boleh mohon lesen patuh syariah - Zuraida

  • 5 years ago
Semua Kredit Komuniti (syarikat pemberi pinjam wang berlesen) yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh merujuk kepada syarikat panel syariah bagi mendapatkan lesen patuh syariah, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata justeru, di peringkat kementerian pihaknya sedang menggubal Akta Kredit Pengguna yang mana ia akan meliputi pinjaman berlandaskan syariah.