Beberapa kaedah dikenalpasti untuk struktur semula jumlah penjawatan perkhidmatan awam

  • 5 years ago
Kerajaan dalam proses untuk menstruktur semula jumlah penjawatan dalam perkhidmatan awam berdasarkan kedudukan ekonomi negara dan perkembangan teknologi semasa melalui beberapa kaedah, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohamed Farid Md Rafik berkata antara kaedahnya adalah kajian pertindihan fungsi antara jabatan dan agensi, rasionalisasi penjawatan, pengoptimuman sumber manusia, serah urus fungsi (outsourcing), penyampaian perkhidmatan alternatif, penswastaan. gabungan teknologi dan pengisian jawatan secara berhemah mengikut keperluan.

“Bagi memartabatkan perkhidmatan awam yang pernah dianggap sebagai sektor perkhidmatan awam terbaik di rantau ini, kerajaan akan memastikan bakat terbaik dan pegawai yang berpotensi diletakkan di tempat yang sewajarnya,” katanya.

-- BERNAMA