Lain kali saya tulis di FB, sudah! - Najib

  • 6 years ago
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa terkilan apabila kebanyakan menteri kerajaan pakatan harapan tidak hadir ketika beliau menyampaikan ucapan pembahasan di dewan rakyat tengah hari tadi.

Menerusi satu catatan di Facebooknya, Najib secara sinis menulis menteri yang tidak hadir mungkin mempunyai temujanji makan tengahari awal dan juga mungkin ada menteri yang terpaksa rehat kerana tidak dapat tidur malam.

Justeru Najib meluahkan pada masa hadapan beliau hanya akan menumpukan dengan menulis di Facebook dari bercakap di Parlimen.

Najib berkongsi satu gambar yang dinaikkan oleh ketua penerangan Umno Datuk Shamsul Anuar Nasarah di Facebooknya yang menunjukan Najib sedang berucap namun kebanyakan kerusi ahli parlimen di blok kerajaan kosong.

Shamsul menerusi status yang sama turut memperli ramai menteri dan timbalan menteri HARAPAN cabut sewaktu Najib berucap.