'Jawapan Menteri tak jelas, cuba mengelak' - KJ

  • 6 years ago
Ahli Parlimen Khairy Jamaluddin melahirkan rasa tidak puas hati mengenai jawapan yang diberikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang, Datuk Liew Vui Keong mengenai peranan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

Bercakap kepada media di luar dewan, Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ berkata Liew menjawab dengan tidak jelas dan cuba mengelak.

Sebelum itu KJ mempersoalkan mengapa Pengerusi CEP Tun Daim Zainuddin minggu lalu ke Beijing untuk berunding dengan kerajaan China sedangkan kerajaan mempunyai Menteri Luar Negara.

KJ turut mempersoalkan pelantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, seorang lagi anggota CEP, yang menerajui dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNB) dan Sime Darby Properties kerana ia jelas mempunyai 'conflict of interest'.

Bagaimanapun Liew mengulangi bahawa peranan CEP adalah sebagai majlis penasihat dan mengulangi bahawa majlis itu akan dibubarkan selepas 100 hari HARAPAN berkuasa.

Mengenai lawatan Daim di China, Liew berkata kunjungan itu adalah atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Recommended