Menteri jelas bagaimana k'jaan dulu kutip duit saman AES

  • 6 years ago
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata keputusan membatalkan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilihat wajar kerana sebelum ini berat sebelah.

Ini kerana, kata Anthony, saman AES berjumlah RM435 juta tidak membawa hasil kepada kerajaan kerana ia akan dibayar sepenuhnya kepada dua syarikat pengendali terbabit.