Pemandu didakwa memandu secara berbahaya

  • 6 tahun lalu
KEMAMAN 17 Okt - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majisteret di sini hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua anggota polis, Khamis lalu.

Tertuduh, Ahmad Sufi Ismail, 29, membuat pengakuan itu di hadapan majistret Badrul Munir Mohd Hamdy dan memohon untuk dibicarakan.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.