[PRK P.093] Wanita BN agresif gerakkan jentera dekati pengundi

  • 6 tahun lalu
Wanita Barisan Nasional (BN) telah menggerakkan jenteranya secara agresif mendekati para pengundi di semua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang hanya berbaki lima hari sahaja lagi.

Ketua Wanita BN, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, usaha itu telah digandakan melibatkan kempen dari rumah ke rumah.