[PRK P.093]: Ahli PAN tolak Azhar, sokong Budiman

  • 6 tahun lalu
#PRKSungaiBesar: Ahli PAN tolak Azhar, sokong Budiman
Timbalan Penaja PAN Sungai Besar, Mohd. Sapigni Tulus, bersama 32 ahlinya semalam berpaling tadah menyokong calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi​ yang merupakan satu-satunya calon tempatan di Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar. Dakwa Mohd. Sapigni, mereka hilang kepercayaan terhadap calon PAN, Azhar Ab. Shukur dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan tertinggi parti berkenaan.
Dakwa Mohd. Sapigni lagi, PAN telah meletakkan calon yang mereka sifatkan sebagai calon ‘Touch N Go’ kerana tidak bermastautin di Sungai Besar dan bukan dikira sebagai anak tempatan kerana menetap di Pahang. Baru-baru ini dalam ceramah PAN, Azhar berjanji akan balik kawasan dua bulan sekali sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen. Video ihsan PRKSgBesar & PRKualaKangsar​