Wartawan - peserta demo bertegang urat

  • 6 years ago
Demo membantah tindakan Menteri Kewangan yang baru, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina – ketika membincangkan isu Tun Razak Exchange sedikit kecoh apabila perserta demo dan wartawan bertegang urat.

Kejadian berlaku ketika wartawan mahu mendapatkan komen dari penganjur mengenai sikap kerajaan terdahulu yang turut menggunakan bahasa lain dalam kenyataan serta ketika mengadakan sidang media
.
Bagaimanapun, penganjur kemudian bersikap kasar dengan menjerit kepada wartawan dan memberitahu bahawa undang-undang sedia ada perlu diikut.

Ekoran itu juga, peserta himpunan turut menjerit ke arah wartawan yang mengajukan soalan berkenaan

Sebelum itu lebih kurang 20 'pejuang bahasa' diketuai pemimpin dari Majlis Perundingan Melayu (MPN) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) hari ini berkumpul di pekarangan Masjid Putra, Putrajaya.

Mereka membantah tindakan menteri kewangan yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Cina.

Kritikan terhadap Lim bermula apabila beliau mengeluarkan kenyataan dalam tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina – ketika membincangkan isu Tun Razak Exchange, Khamis lalu.

Lim bagaimanapun mempertahankan tindakan itu melalui satu kenyataan di Facebook, namun ia hanya dibuat dalam bahasa Cina yang menambahkan lagi kritikan terhadapnya.

Selepas itu Lim tampil menegaskan beliau mendukung dan mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Lim juga berkata beliau tetap akan menggunakan bahasa lain dalam akaun media sosial dan Bahasa Mandarin dalam komunikasinya bersama akhbar Cina.

Beberapa tokoh turut menyampaikan ucapan di demonstrasi itu, termasuk bekas ketua polis negara, Tun Hanif Omar yang juga Lembaga Penasihat MPM, bekas yang dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Anggota Lembaga Penasihat MPM, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan Ketua Dua Gapena, Amiruddin Md. Ali Hanafiah.

Recommended