Ronaldo tinggalkan sidang media selepas di tanya wartawan
  • 8 years ago
Cristiano Ronaldo meninggalkan sesi sidang media Real Madrid yang berlangsung di Rome selepas ditanya mengapa beliau gagal menjaringkan sebarang gol di tempat lawan sepanjang empat perlawanan lepas.

Sebelum berlalu pergi, Ronaldo meminta wartawan berkenaan memberikan nama pemain yang pernah menjaringkan gol sebanyaknya di tempat lawan.

Katanya lagi, tiada pemain bola sepak profesional yang menjaringkan gol di gelanggang lawan lebih banyak daripadanya.

Sumber Bernama
Recommended