Video Mat rempit 'superman', polis tahan 3 lelaki

  • 6 years ago
Polis menahan tiga lelaki daripada sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi 'superman' di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) selepas video mereka tular di laman sosial.

Aksi kumpulan Mat rempit itu meniarap di atas motosikal dengan kedua-dua kaki lurus ke belakang itu dipercayai dirakam pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata ketiga-tiga lelaki berusia 21 hingga 24 tahun itu ditahan oleh Unit Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang jam 2 petang kelmarin di tiga lokasi berbeza.

"Ketiga-tiga lelaki yang ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 mengaku terbabit dalam video yang tular itu," katanya seperti yang dilapor Berita Harian.

Recommended