Protes besar-besaran di NYC ekoran insiden polis tembak lelaki kulit hitam
  • 4 years ago
Protes besar-besaran di New York City setelah polis membunuh seorang lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata di Wisconsin.

Kira-kira 500 penunjuk perasaan berkumpul di Times Square, New York City untuk memprotes penembakan Jacob Blake pada 24 Ogos.

Blake ditembak di belakang sebanyak 7 kali oleh seorang pegawai di Kenosha, Wisconsin.

Mereka bergerak ke pusat bandar di sepanjang Seventh Avenue sambil melaungkan dan menunjukkan tanda-tanda solidariti.

Laporan oleh Reuters.